KUALA LUMPUR, 19 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada jam 10.08 malam ini.
RABAT, 12 SEPT: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Isnin.
AMIZMIZ, 11 SEPT: Sekurang-kurangnya 2,122 orang terbunuh manakala 2,421 cedera akibat gempa bumi kuat melanda Maghribi pada Jumaat, menurut kemas kini Kementerian Dalam Negeri Maghribi pada Ahad, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang diperlukan.
KOTA KINABALU, 31 OGOS: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.
KOTA KINABALU, 7 JUN: Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu dalam kejadian pada 7.39 malam ini.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi.
ISTANBUL, 23 APRIL: Seramai 50,783 orang disahkan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda Türkiye awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu.
KOTA KINABALU, 4 APRIL: Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.
ISTANBUL, 1 MAC: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu kini melebihi 45,000 nyawa lapor Sputnik, memetik Kementerian Dalam Negeri Turkiye pada Rabu.
ANKARA, 1 MAC: Dua maut, 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye pada Isnin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye pada Selasa.
IPOH, 28 FEB: Pengalaman menjumpai mayat seorang ibu berpelukan dengan dua anaknya di bawah runtuhan bangunan merupakan antara detik menyayat hati seorang anggota bomba yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.
KANGAR, 27 FEB: Mengeluarkan mayat wanita mengandung di bawah runtuhan bangunan kediaman di Nurdagi, Gaziantep, merupakan detik menyayat hati yang tidak boleh dilupakan oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Shahidan Abd Razat, 34.
SEPANG, 23 FEB: Seramai 65 anggota penyelamat Malaysia yang menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di wilayah Gaziantep, Turkiye kembali ke tanah air hari ini.
GAZIANTEP (Turkiye), 22 FEB: “Janganlah runtuh, janganlah runtuh,” itu antara yang bermain dalam fikiran dua anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ketika menggali terowong dan memotong besi konkrit yang berselirat bagi menyelamatkan lima sekeluarga mangsa gempa bumi pada 11 Feb lepas.
ANKARA, 21 FEB: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 294 yang lain cedera dalam gempa bumi terbaharu yang melanda wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada Isnin, lapor Xinhua.
ANKARA, 20 FEB: Operasi mencari dan menyelamat yang berlanjutan hampir dua minggu selepas gempa bumi besar meragut lebih 40,000 nyawa kini hampir selesai, menurut agensi bencana Turkiye pada Ahad.
KUALA LUMPUR, 19 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, yang menyaksikan sebanyak 42 tan lagi barangan bantuan kemanusiaan dihantar semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.